HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPNPP) dan Lajnah Dakwah Pemuda PAS Malaysia (PPM) amat menghargai keterbukaan penganjur Pink Dot Penang 2014 kerana menghormati sensitiviti agama khususnya di Pulau Pinang apabila mengambil keputusan membatalkan program tersebut yang dijadualkan berlangsung 29 Mac ini di sebuah hotel Pulau Pinang.
Setiausaha DPPNPP, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pihaknya dan Lajnah Dakwah PPM juga mengucapkan syabas atas respons proaktif pihak kerajaan negeri khasnya Datuk Abdul Malik Abul Kasim selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna setelah diajukan perkara itu kepada beliau.
“Kami difahamkan pihak penganjur akan bertemu pihak YB Datuk Abdul Malik seberapa segera mungkin untuk memberi penjelasan,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan.
Kaanya, berdasarkan rujukan yang dibuat terhadap laman sesawang Pink Dot Singapore, acara seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran di Hong Lim Park Singapore pada tahun 2013 yang lalu bertujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap sebagai suatu yang negatif.
Kata beliau, pihaknya dan Lajnah Dakwah PPM sedang berusaha untuk bertemu pihak penganjur bagi tujuan berbincang serta menyatakan pendirian secara lebih diplomatik dan berhikmah.