Oleh Lyn Nasir
KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa siasatan segera terhadap bomoh yang melakukan upacara di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kononnya bagi membantu menjejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?
“Mana pergi Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)? Mana pergi menteri yang membiarkan perkara itu berlaku?
“Bila bomoh buat sebegitu, panggil pula media antarabangsa (buat liputan), tak malukah kita? Ini (perbuatan) syirik,” tegasnya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut mempertikai kenyataan salah seorang menteri yang dilapor Utusan Malaysia Selasa lalu sebagai berkata, bahawa tidak salah menggunakan bomoh untuk membantu siasatan.
“Yang melaporkan itu adalah Utusan, media Umno, kita semua tahu. Biasalah media Umno dikawal oleh kerajaan, bila datang media bebas antarabangsa, semuanya kelam kabut,” kata Anwar.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, untuk mengelak sebarang kecelaruan, seharusnya lebih baik hanya seorang sahaja yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan insiden tersebut.
“Kenyataan mesti disahkan, bila ada satu-satu kenyataan, mesti ada siasatan penuh, sebab kalau tidak, ia memalukan negara.
“Ini tidak, seorang cakap macam itu, seorang (lagi) cakap macam ini, polis pula kata lain. Ini akan menampakkan kelemahan kita dalam mengurus isu sebegini.
“Jangan pula kata kita (Pakatan Rakyat) sengaja politikkan (isu), sebab ini melibatkan nyawa awam,” ujarnya.
Laporan media sebelum ini menyatakan, KLIA gempar dengan kehadiran bomoh berkenaan yang melakukan ritual seperti menaiki tikar terbang dan menggunakan teropong buluh untuk mengesan pesawat MAS yang hilang.
Pesawat Boeing 777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lalu dan dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Pesawat dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.
Penerbangan itu membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.
Sehingga kini, usaha pencarian enam hari berturut-turut masih belum menemui kehilangan pesawat tersebut.