ULASANDari dulu-dulu lagi, saya memang tidak pernah faham perkara ini: Kenapa kita benarkan parti pembangkang bergerak tetapi tutup media kritis?
Orang politik dibenarkan tubuh cawangan parti sampai ke ceruk-ceruk pedalaman, dibiarkan memaki kerajaan sepuas-puas hati dan diraikan di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri.
Kenapa wartawan tidak diberikan layanan seumpama itu? Kenapa mereka tidak boleh menubuhkan syarikat media dan mengedarkan akhbar mereka di merata-rata tempat?
Apa istimewanya ahli politik pembangkang berbanding wartawan kritis sehingga satu duduk di kelas atas, sementara satu lagi harus terjerembab jadi warga kelas bawah?
Apakah kerana orang politik kerjanya hanya bercakap, sementara wartawan sepanjang masa hanya menulis, maka harus didiskriminasikan?
Apakah kerana ahli politik asyik berdiri di pentas ceramah, manakala wartawan sepanjang waktu di meja tulis, maka kami harus dianaktirikan?
Penggantungan The Heat, yang baru setahun jagung, menjadi contoh paling klasik.
Akhbar mingguan itu hanya memuatkan kupasan-kupasan isu perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor yang telah dibahaskan di Parlimen.
Isu-isu ini pula telah dilaporkan dengan meluas oleh beberapa portal terkenal, seperti Malaysiakini, dan ia juga tersebar merata-rata di segenap ceruk media sosial.
Ahli-ahli Dewan Rakyat memperkatakannya dengan meluas, sama ada yang mengkritik atau yang membela Najib Abdul Razak dan perdana menterinya (maaf, isterinya, maksud saya).
Saya fikir, pada waktu itu, setidak-tidaknya beratus-ratus ribu pembaca dan penyokong parti politik sudah mengikuti perkembangan tersebut.
Kerajaan gasar
Namun, apabila semua ini dikumpul dan diolah semula oleh The Heat, isu-isu itu dijadikan masalah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kementerian tiba-tiba mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mingguan tersebut. Belum apa-apa, seminggu kemudian, tersebar berita The Heat digantung permitnya tidak bertali, suspended indefinitely.
Sedangkan kita tahu akhbar mingguan, berbahasa Inggeris pula, selalunya tidak meluas edarannya, seperti Off The Edge (yang tidak lagi beroperasi). Apatah lagi ia baru muncul beberapa bulan lalu.
Jika ada pembacanya, tentulah terkhusus di bandar dan di kalangan kelas terpelajar -- mereka yang sudah mengetahui isu-isu ini melalui portal-portal berita dan sindiran-sindiran kecil di media sosial.
Berbanding Harian Metro atau Harakah, jumlah edaran serta pengaruh The Heat buat masa ini seumpama terlekat di celah-celah gigi dua akhbar Melayu berpengaruh itu.
Jika The Heat mempunyai dampak seumpama Harakah, saya boleh faham (walau tidak mungkin bersetuju) kenapa ia digantung permit penerbitannya. Tetapi kenapa The Heat?
Pembacanya hanya di kota besar, di kalangan kelas menengah berbahasa Inggeris dan juga, mungkin, mereka yang sudah menyokong pembangkang dalam pilihan raya Mei lalu.
Justeru, untuk apa lagi KDN mahu menyekat akhbar mentah, setahun jagung ini, sedangkan tiada untung politik yang besar diperolehinya?
Malah, tindakannya itu akan menunjukkan kerajaan bawah pimpinan Najib sangat gasar sifatnya, tidak bertamadun sama sekali.
Perdana menteri perlu diingatkan semula keganasan pada peserta-peserta BERSIH dan bagaimana tindakan KDN yang bebal itu memadamkan beberapa baris laporan majalah mingguan tersohor, The Economist.
Atas tindakan tersebut, imej negara tercalar; sedang pembaca masih senang-senang akses edisi lengkap laporan mingguan niaga itu di Internet (yang cuba dipadamkan oleh KDN).
Saki-baki kawalan Mahathir
Perdana menteri akhirnya mengakui bahawa tindakan kementerian tidak berjaya memadamkan maklumat The Economist.
Malah, tindakan memadamkannya mendorong laporan itu tersebar lebih meluas dan menarik perhatian lebih ramai pembaca.
Susulan kegagalan KDN yang memalukan itu, sebagai damage control, Najib mengumumkan transformasinya dalam bidang media.
Kerajaan meminda Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dengan melupuskan syarat wajib memperbaharui permit penerbitan setahun sekali.
Hari ini, akhbar dan majalah tidak perlu bersusah payah melayan karenah pegawai-pegawai KDN setiap tahun. Selepas mendapat permit, editor terus menerbit dan mengedarkan media masing-masing.
Atas transformasinya itu, penyokong Najib menyifatkan beliau seorang tokoh yang serius ingin mereformasikan negara dengan membuang saki-baki kawalan media yang diperketatkan sewaktu era Dr Mahathir Mohamad (bawah).
Tetapi rupa-rupanya tidak. Najib tidak serius dengan transformasinya. Beliau hanya ingin memancing undi.
Sebelum pilihan raya umum, perdana menteri inginkan citra sebagai reformis bangsa yang susah payah cuba memenuhi hasrat kita semua.
Selepas pilihan raya, citra reformisnya boleh ditanggalkan seperti mengganti baju. Beliau tidak tekal dengan transformasinya.
Selepas pilihan raya umum, citra reformisnya sudah tidak penting lagi. Lagipun, Najib sudah menang, Umno mendapat lebih banyak kerusi.
Transformasinya kini bertukar 'transforosmah'! Akibat transforosmah itu, maka tergantunglah The Heat dalam sejarah persuratkhabaran kita.
Saya kini sangat-sangat faham apa ertinya transformasi. Yang saya masih belum faham: Kenapa kita benarkan parti pembangkang bergerak tetapi tutup media kritis?
FATHI ARIS OMAR pernah terlibat mendirikan Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) sewaktu KDN mengharamkan mingguan Eksklusif dan majalah Detik selepas pilihan raya umum 1999. Beliau kini seorang editor di Malaysiakini.com