Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Misteri Kehilangan MH370 Dan PRK Kajang

$
0
0

Oleh Mohammad Agus Yusoff


Gelisah sungguh saya setelah empat hari tidak dapat menulis. Semuanya adalah gara-gara facebook saya rosak. Aduhai!

Setelah empat hari bercuti, hari ini saya hendak menulis tentang kehilangan misteri pesawat MAS MH370. Semasa mula-mula mendapat berita tentang hal ini, saya kecewa dan sedih dengan cara kita mengendalikan hal ini.

 Sidang media yang sepatutnya diadakan pada jam 11 pagi tertunda hampir dua jam. Pada sebelah petangnya pula, sidang media yang dikatakan akan diadakan pada jam 4 petang tertunda hampir tiga jam.

Hati saya berkata, Ya Allah, kenapa tidak terurusnya kita mengatur jadual sidang media yang mendapat liputan dunia, mengenangkan kehilangan pesawat MH370 melibatkan jiwa dari 14 buah negara. Hati saya betul-betul resah.

Tapi keesokan harinya, hati saya lega. Saya mengkagumi semua usaha yang dibuat oleh negara. Sidang media menepati masa, kenyataan yang oleh tiga ‘hero’ cukup tenang dan menyakinkan. Biarpun didesak oleh wartawan untuk mengesahkan maklumat khabar angin dan cakap dengar, ‘hero’ kita tetap tidak mengesahkannya sehinggalah berita yang sahih dari agensi yang berkaitan diperolehi. Inilah kenyataan yang bertanggungjawab.

Terus terang saya kagum dengan cara Pemangku Menteri Pengangkutan, CEO MAS dan Ketua Pengarah DCA memberikan sidang media. Saya ingin sekali mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka.

Biarpun selama ini saya sering menegur MAS dan yang berkaitan, tetapi kali ini saya bangga dengan cara mereka mengendalikan krisis kehilangan pesawat ini. Nampak matang, nampak profesional dan nampak orang kita hebat.

Pagi ini berkebetulannya ada penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kajang. Saya berharap agar misteri kehilangan pesawat MH370 ini tidak dijadikan isu kempen. Sebaliknya, marilah kita berdoa agar misteri kehilangan pesawat MH370 ini dapat dirungkaikan.

MH370, pulanglah dengan selamat. Amin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722