Oleh Timmy Say
Realiti politik di Malaysia mengkehendakan calon PM mestilah dari kalangan Islam-Melayu.Oleh itu, artikel ini tidak akan mengulas mengapa calon daripada kaum dan agama lain tidak diutarakan untuk menjadi calon PM.
Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat bertanding di PRU14, siapa yang boleh diketengahkan menjadi calon perdana menteri Pakatan Rakyat (PR)?
Siapa di kalangan pimpinan PR kini yang mendapat sokongan ketiga-tiga parti untuk menerajui satu kedudukan yang penting?
Hanya di Selangor saja sesuai menjadi tempat untuk PR mencari calon PM di PRU14 selepas kehilangan Anwar kerana di negeri ini, ketiga-tiga komponen parti PR hampir sama kuat.
Di negeri Pulau Pinang, bukan negeri yang boleh dilihat mewakili komponen parti PR dengan baik, begitu juga dengan Kelantan.
Pendek kata, sesiapa yang menduduki kerusi menteri besar Selangor adalah calon yang paling sesuai untuk menggantikan Anwar sebagai calon PM di PRU14 kerana beliau disokong ketiga-tiga parti.
Dan orangnya sekarang ialah Tan Sri Khalid Ibrahim.
Jika Khalid berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR pada bulan Mei ini, beliau akan mengukuhkan kedudukannya di PR dan sebagai pengganti kepada Anwar di PRU14.
Namun begitu, kini Khalid dilanda sedikit masalah persepsi dalam ketidaktelusan MoU air yang ditandatanganinya dengan Putrajaya dan kes penyelesaian hutang AS$18 juta antara beliau dengan Bank Islam.
Khalid adalah seorang ahli perniagaan yang sukakan situasi menang-menang dalam segala keputusan yang dibuatnya. Ini boleh dilihat dalam MoU air yang ditandatanganinya baru-baru ini.
Secara zahirnya, terdapat tiga parti dalam MoU air iaitu rakyat Selangor, kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan – dan mengikut sikap Khalid, beliau akan memastikan ketiga-tiga parti ini “menang” daripada MoU air yang ditandatangani.
MoU air ini akan mengelakkan rakyat Selangor membayar kenaikan tarif air mengikut apa yang ditentukan antara Syabas dan kerajaan Selangor yang diterajui BN sebelum jatuh di tangan PR di 2008.
Pengstrukturan semula industri air akan memulangkan hak menentukan tarif air ke tangan kerajaan dan rakyat Selangor sebagai pemegang saham air (janji PR di PRU13) dan bukan lagi di tangan Syabas, dan itulah kemenangan terbesar bagi rakyat Selangor.
Dari sudut kerajaan negeri pula, sekiranya pengstrukturan semula industri air ini dapat dilakukan dengan berjaya, kerajaan negeri akan mendapat pulangan rizab daripada bisnes air. Duit yang digunakan untuk membayar Syabas untuk pemberian 20m3 air percuma juga boleh dijimatkan.
Di bawah pentadbiran negeri yang efisien, Khalid yakin dapat mengurangkan peratusan air tidak berhasil atau non-revenue water (NRW) kepada tahap yang memuaskan daripada tahap 33% sekarang ini, dan ini boleh menyelesaikan masalah air di Selangor secara jangka panjang tanpa kenaikan kadar air.
Bagi kerajaan persekutuan pula, lampu hijau kepada pembinaan Langat 2 amat penting kerana duit sudah banyak dihabiskan untuk membina majoriti prasarana (terowong) dan fasiliti sudah hampir siap untuk Langat 2.
Ketiadaan Langat 2 yang membolehkan ia menjual air terawat akan menyebabkan jalan untuk memulangkan modal yang digunakan untuk membina terowong terbantut. Ia bagaikan lebuhraya yang siapa dibina, tapi tanpa pondok tol untuk mengutip hasil.
Namun begitu, pulangan modal tidak akan secepat dulu kerana air terawat daripada Langat 2 bakal dijual dengan harga yang ditentukan kerajaan Selangor dan bukannya tarif melampau yang ditentukan Syabas selepas pengstrukturan semula industri air ini selesai dilaksanakan.
Namun begitu, oleh kerana “tidak cukup maklumat” yang didedahkan mengenai MoU air, kini timbul spekulasi – apakah ada pihak keempat dan kelima yang untung daripada urusniaga ini selain rakyat Selangor, kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan?
Persoalan pertama, bank bertuah manakah yang bakal dilantik untuk menguruskan segala urusan kewangan berkenaan dengan MoU air, termasuk pinjaman yang dianggarkan berbilion ringgit?
Apakah ia ada kaitan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam dan MoU air?
Adalah amat penting untuk Khalid menyelesaikan dua perkara ini dengan telus. Hari ini ialah 10 Mac, tarikh penting untuk menentukan samada urusniaga MoU air ini akan berjaya kerana ia adalah tarikh akhir untuk keempat-empat syarikat konsesi air untuk menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambilalih mereka pada harga RM9.65 bilion.
Jika segalanya berjaya, Khalid akan terus dijunjung sebagai MB Selangor dan bakal mendapat sokongan lonjakan untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dan seterusnya menjadi calon PM Pakatan Rakyat yang diterima semua, sesuatu tidak dapat dicapai Anwar semasa di PRU13.
Ada yang terus melihat pada Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai calon pengganti kepada Anwar.
Penulis tidak menolak kemungkinan itu, tapi berpendapat Abdul Hadi, akan menerima nasib seperti Anwar di PRU13, di mana kemungkinan beliau juga tidak akan mendapat sokongan penuh daripada ketiga-tiga parti untuk mengambil kedudukan tersebut walaupun pada waktu ini, segalanya hanyalah bertaraf spekulasi.