MH370


SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan barangan termasuk beg-beg penumpang telah diperiksa dengan protokol yang ketat.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, kesemua beg berkenaan 'bersih' tanpa ada sebarang barang larangan.

"Setiap beg telah diperiksa dengan protokol yang ketat.

"Beg-beg itu bersih. Tiada sebarang barang larangan," katanya pada sidang media, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya soal tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Azharuddin memberitahu ia memenuhi Standard International Civil Aviation Organization (ICAO).

"Tahap keselamatan di KLIA memenuhi standard ICAO.

"Kami telah diaudit pihak keselamatan dari Amerika Syarikat dan juga Australia," katanya.

Hari ini merupakan hari ketiga misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang, Sabtu lalu.

Sehingga jam 12 tengah hari, tiada sebarang perkembangan terbaru dilaporkan.