Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kerajaan Kaji Kadar Waktu Puncak, Pas Bermusim Kurangkan Kesan Kenaikan Tol

$
0
0



Najib menyerahkan cek tabung mangsa banjir berjumlah RM10 juta untuk kerajaan negeri Pahang yang diterima Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Peringkat Nasional dan perhargaan kepada para sukarelawan di Termeloh, Jumaat. Foto ONG HAN SEAN / THE STAR
 
 
TEMERLOH: Kadar tol yang berbeza akan dikenakan pada waktu puncak bagi mengurangkan kesan kepada kenaikan tol.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kerajaan sedang mengkaji kaedah serta penggunaan pas bermusim.

Beliau berkata, ia akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan kenaikan sara hidup.

"Jangan fikir bahawa Kerajaan tidak prihatin dengan kenaikan kadar tol dan kenaikan takrif elektrik.
Walaupun kenaikan itu akan dilaksanakan, kita sentiasa mencari jalan untuk melindungi rakyat.

"Kita mengumumkannya lebih awal supaya kita dapat melihat reaksi rakyat dan mencari jalan untuk mengurangkan beban itu," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Peringkat Nasional dan perhargaan kepada para sukarelawan di sini, Jumaat.

Beliau menambah, subsidi Kerajaan pada tahun depan akan melebihi RM42 bilion, yang menunjukkan ia tidak akan dikurangkan sama sekali.

"Terdapat banyak perkara yang kita lakukan untuk rakyat. Hanya kerana kadar tol akan meningkat kepada RM1, kita lupa semua perkara yang Kerajaan lakukan," kata Najib.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722