Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat, dua buah kapal sudah dihantar ke perairan Malaysia atas permintaan Putrajaya.
"Atas permintaan kerajaan Malaysia, Tentera Laut Amerika menghantar dua kapal USS Pinckney dan USNS John Ericsson bagi membantu misi mencari dalam menyelamat," kata Kedutaan Amerika Syarikat hari ini.
USS Pinckney (DDG 91), sebuah kapal pemusnah peluru berpandu Arleigh Burke-class tiba di lokasi tengahari tadi bagi membantu usaha mencari dan menyelamat.
Kapal tersebut juga membawa bersama dua buah helikopter MH-60R yang boleh digunakan untuk misi mencari dan menyelamat.
Manakala kapal USNS John Ericsson pula bertolak dari pengkalan Singapura pagi ini ke lokasi.
Selain dari dua kapal, pesawat Orion P-3C Tentera Laut Amerika Syarikat juga berlepas dari Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun pagi ini dan sudah mula menjalankan operasi mencari di kawasan tersebut.
Pesawat tersebut boleh menjalankan misi pencarian jarak jauh, membawa bersama radar dan peralatan komunikasi.
Bantuan juga diberikan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370 yang hilang, dua pasukan daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika juga sedang menuju ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Selepas lebih 24 jam, pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi