Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Mahkamah dan SPR berkomplot gagalkan pencalonan Anwar?

$
0
0

lks dsai


SHAH ALAM: Proses perbicaraan kes fitnah liwat 2 yang seakan tergesa-gesa membuktikan wujud konspirasi terancang bagi menghalang beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, empat hari sebelum hari penamaan calon Selasa ini.

Malah, hakim turut menolak permohonan peguam bela yang meminta masa seminggu untuk menyediakan hujah mitigasi, sebaliknya hanya memberi masa sejam sebelum hukuman ditetapkan.
Katanya lagi, buat pertama kali mahkamah menetapkan hukuman pada hari yang sama keputusan bersalah dijatuhkan.

“Ia jelas satu konspirasi yang sudah lama dirancang, bersama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang menetapkan tempoh masa lama untuk hari penamaan calon dan mengundi.

“Ia semata-mata kerana Umno BN takut Anwar bertanding di PRK Kajang,” katanya pada sidang media ketika Konvensyen Pakatan Rakyat di Setia Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pagi tadi.

Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan 27 Januari lalu, SPRM hanya menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi pada 11 dan 23 Mac ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu rurut menyifatkan semalam sebagai antara hari paling gelap dalam sejarah politik dan sistem kehakiman Malaysia.

“Semalam adalah hari mengaibkan buat Malaysia. Ia adalah antara hari paling gelap buat politik dan sistem kehakiman kita.

“Ia menghapuskan segala harapan terhadap sistem kehakiman kita, yang perlahan-lahan cuba dipulihkan selepas (bekas Perdana Menteri) Tun Mahathir letak jawatan,” katanya. – Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722