Oleh: Lyn Nasir
SHAH ALAM: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata sistem kehakiman negara tidak boleh dipercayai kerana mudah dipengaruhi kerajaan minoriti, Umno BN.
Jelasnya lagi, campur tangan kerajaan dalam sistem kehakiman jelas apabila kerajaan mengulangi apa yang dilakukan pada 1998 di mana kerajaan mempengaruhi mahkamah bagi menjatuhkan musuh politik mereka.
“Dari muda sampai rambut saya botak, tapi sistem kehakiman Malaysia masih lagi macam 1998.
“Umno akan mencari jalan untuk memenjarakan Anwar, kalau tak hari ni, esok atau lusa atau sebelum Pilihan raya.
“Sebab mereka takut, kalau tidak, Umno BN pasti akan tumpas dalam pilihanraya akan datang,” Katanya pada sesi pidato ‘Pakatan Membela Rakyat’ dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.
Jelasnya lagi, jika kes fitnah 1 melahirkan generasi reformasi, beliau berharap keputusan penghakiman kes finah 2 kini melahirkan lebih ramai pejuang muda yang bangkit untuk menegakkan keadilan.
“Selagi Umno BN tidak ditewaskan, selagi itulah kezaliman akan bermaharajalela di Malaysia. Dan selagi kita tak hancurkan Umno dan BN, maka yang akan hancur adalah kita dan kesatuan antara kita,” ujarnya