Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pusat urut disyaki jalankan aktiviti pelacuran diserbu MPS

$
0
0
Oleh : NAZLI IBRAHIM


20140306_105156RAWANG : Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melancarkan serbuan dalam operasi bersepadu mencegah maksiat di pusat-pusat urut yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar Rawang.

Operasi yang melibatkan dua pusat urut di Jalan Rawang Sentral dan satu lagi di Jalan Bandar Rawang 2 itu, seramai empat perkerja wanita warga Thailand dan dua lagi warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penyelia di pusat urut itu berjaya ditahan.

20140306_120740Ketua Unit Khas Yang Dipertua MPS, C Paramasivam berkata, MPS dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut mengambil tindakan menyita kesemua peralatan, membuka papan tanda utama perniagaan dan memotong bekalan elektrik kesemua premis terlibat.

“Sebelum ini MPS sudah menarik lesen perniagaan mereka kerana disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dan pernah diserbu tiga bulan lepas tetapi nampaknya mereka menyambung operasi semula tanpa lesen dan disebabkan itu kami memotong bekalan elektrik, menyita semua peralatan dan membuka papan tanda perniagaan supaya tidak boleh meneruskan operasi lagi. Jumlah kompaun keseluruhan pula RM75,000 dikeluarkan dalam operasi ini.

20140306_120934“Dari maklumat risikan kita juga mendapati ada antara pusat urut ini menjalankan kegiatan pelacuran tetapi disebabkan tidak terdapat bukti maka kita caj mereka atas kesalahan lain yang mereka lakukan,” kata Paramasivam dalam sidang media selepas berakhir operasi itu.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Shah Alam, Aided Sani pula berkata warga Thailand yang ditahan akan disiasat di bawah seksyen 39(b) kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan berkerja secara tidak sah di pusat-pusat urut terbabit.

“Pekerja wanita warga asing itu ditahan untuk disiasat bawah seksyen 39(b) salah guna pas lawatan dan dua lelaki warganegara pula untuk diambil kenyataan dan bantu siasatan pihak Imigresen,” kata Aided.

20140306_120810Sementara itu PPgB Muhammad Razif Ismail pula memberitahu, pemilik premis juga didapati melakukan kesalahan syarat penggunaan bangunan tanggal tunggal.

“Bangunan kedai ini hanya dibenarkan untuk bawah kedai dan atas rumah atau pejabat sahaja tetapi kita tengok tadi ada satu premis yang menjalankan operasi perniagaan di tingkat atas yang mana ini tidak dibenarkan,” kata Muhammad Razif.

Operasi bersepadu yang melibatkan 60 anggota itu melibatkan pelbagai jabatan MPS, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan TNB.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722