Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Laporan polis dakwa foto pemimpin dengan babi

$
0
0

MALAYSIAKINI

 


Enam bahagian Pemuda dan Puteri Umno di Pahang hari ini membuat laporan polis berasingan di Balai Polis Indera Mahkota berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengubah suai dan menyebar gambar pemimpin negara dengan seekor babi.
  
Laporan itu dibuat Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota Muhammad Faiz Hashim; Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuantan Nara Nikman Nordin dan Ketua Wanita Umno Bahagian Indera Mahkota Wan Napiah Wan Yusof.

Laporan itu turut dibuat Ketua Puteri Umno Bahagian Indera Mahkota, Esfarini Suddin; Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Paya Besar Mohd Farid Basirun dan Ketua Sekretariat Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau Nasrulisyam Abd Hamid.
  
Menurut Muhammad Faiz, laporan polis itu dibuat bagi mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat segera penghinaan terhadap pemimpin negara itu.

Tindakan tegas perlu diambil segera kerana isu penghinaan terhadap pemimpin negara ini sering berulang sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat, katanya ketika ditemui pemberita di Kuantan hari ini.
  
Sementara itu kata Nara Nikman menyifatkan tindakan itu satu perbuatan biadap yang boleh mengganggu gugat ketenteraman negara ini.- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722