HARAKAHDAILY
Beliau berkata 44 daripada 58 rakyat Malaysia itu adalah kakitangan Petronas dan Wisma Putra menyelaras dengan pejabat Petronas di Juba serta Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan dan Suruhanjaya Tinggi di Nairobi, Kenya untuk memantau keadaan.
"Berdasarkan laporan dari Juba, keadaan keselamatan di bandar raya itu bertambah baik dan terkawal. Lapangan terbang dibuka semula dan memulakan operasi hariannya sejak pagi Rabu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Anifah berkata Malaysia prihatin dengan pertempuran yang tercetus baru-baru ini antara dua puak tentera yang bertelagah di Juba.
"Malaysia berharap kedua-dua pihak akan menamatkan sepenuhnya pertelagahan ini dan menyelesaikan perbezaan politik secara baik menerusi perdamaian," katanya.
BBC melaporkan bahawa beratus-ratus orang dipercayai terkorban dalam pertempuran antara puak tentera Selatan Sudan yang bertelagah.
Pertempuran di Selatan Sudan memasuki hari kedua susulan laporan cubaan rampasan kuasa ke atas Presiden Salva Kiir. - Bernama