MALAYSIA CHRONICLE
KUALA LUMPUR - Kenaikan mendadak kadar jenayah di negara ini didakwa berpunca daripada penglibatan sesetengah individu yang bergelar polis dalam kegiatan jenayah.
Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan mendakwa penglibatan polis dalam kegiatan jenayah amat serius dan pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengheret mereka terbabit ke muka pengadilan.
"Ada anggota polis meminta wang perlindungan daripada pengedar dadah sehingga RM50,000 untuk mengelakkan kegiatan mereka dibongkar.
"Bayangkan jika 10 orang yang membayar duit perlindungan tersebut, jumlahnya sangat besar," katanya ketika menyampaikan Forum Sudah Sampai Masanya Mereformasikan Pasukan Polis, di sini, malam semalam..
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun akan mendedahkan bukti lengkap mengaitkan beberapa anggota polis berjawatan tinggi dengan jenayah tersebut dalam masa terdekat.
"Saya akan kumpulkan bukti dahulu sebelum dedahkannya kepada umum kerana pendedahan saya sebelum ini pun tiada tindakan daripada pihak berkuasa," katanya.
Pada Januari lalu, Sanjeevan mendedahkan dokumen sulit dari Bukit Aman yang mengakui jenayah bukan indeks telah memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat terhadap jenayah.
Antara jenayah bukan indeks itu ialah culik, pemerasan, ugutan jenayah dan mencederakan.
Dokumen tersebut juga telah disah dan ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin. -Sinar harian