Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Apa Yang Ahmad Said Belajar di Antartika?

$
0
0

BULETIN ONLINE


bebas cukai9KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu tidak harus mensia-siakan lawatan dan pembelajarannya tentang alam sekitar ketika di Antartika dan membuktikan ekspedisi beliau ke benua ais itu membawa manfaat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu DatukRaja Kamarul Bahrin Shah, menggesa Dato’ Seri Ahmad Said menjelaskan kedudukan tiga projek yang membabitkan kerajaan negeri dan mengakui
‘jenayah’ alam sekitar yang telah dilakukan.


“balik dari Antartika, jangan sia-siakan lawatan dia (Ahmad Said) untuk belajar kesan alam sekitar, pencemaran dan sebagainya berkaitan dengan ‘global warming, Apakah yang dia telah belajar di sana?

“Dan dia mesti membawa manfaat yang tertentu kepada Terengganu dan Negara. Dia mesti buktikan kesungguhan dia selepas dia pulang ke Antartika dalam tiga isu,

“projek bebas cukai di Tasik Kenyir, penambakan muka kauala Sungai Terengganu dan pemprosesan bijij besi di Teluk Kalong,”ujarnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/kenyir%20projek%20politika.jpgBeliau berkata, projek bebas cukai di Tasik Kenyir dilaksanakan bertentangan dengan konsep memelihara alam sekitar.

Katanya, pulau Bayas yang menjadi tapak kompleks itu telah di’botakkan’ akibat penebangan pokok secara berleluasa.

“dan di Tasik Kenyir juga, pusat (kompleks) bebas cukai, dia sambung elektrik daripada tanah besar ke pulau itu, dia terpaksa tebang begitu banyak pokok,

“untuk membawa kabel elektrik sepanjang sekurang-kurangnya 30 kilometer ke pulau Bayas dari tanah besar berharga RM30 juta.

“ hakisan yang berlaku (secara) meluas………apakah tindakan Menteri Besar (terhadap projek ini)?,”jelasnya.

Selain itu, katanya, projek penambakan muka kuala Sungai berhampiran Taman Shah Bandar di Kuala Terengganu telah dilaksanakan tanpa kajian hairdo (hydro study).

penambakan sungai Terengganu2Beliau mendakwa, menjadi satu kewajipan kajian tersebut dibuat terlebih dahulu bagi projek yang melibatkan mana-mana muara sungai.

“Saya telah tanya Menteri Alam Sekitar, dia cakap memang diperlukan, tapi kerajaan negeri tak buat! Yang kedua, tidak dibuat kajian alam sekitar. ‘Hidro Study’ tak buat, kesan-kesan sampingan dan dibuat tambahan dengan harga lebih RM150 juta rundingan terus. Tak pakai (guna) tender,

“Adakah ini bertepatan dengan seorang yang kononya nak membela dan menjaga alam sekitar dengan buat lawatan (ke Antartika),”tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidangmedia di pejabatanya, pada Rabu 1 Februari.

penambakan sungai Terengganu1Manakala projek kilang membakar besi di Teluk Kalong didakwa Raja Bahrin akan menyebabkan pencemaran alam sekitar kerana kandungan kimia yang dibebaskan ke udara.

“kawasan menteri besar sendiri, di Kemaman. Sedang dibina, satu kilang membakar besi yang dibawa dari lombong besi, dibawa ke Teluk Kalong akan dibuat satu pembakaran besi oleh syarikat besar dari negara China.

“Dan dilaporkan besi yang dibawa mengandungi kimia yang boleh merosakkan udara dan mencemar alam sekitar,”katanya lagi.
Oleh itu beliau mempersoalkan, adakah kajian dan pemantauan dibuat terhadap penubuhan kilang besi tersebut?
Katanya pencemaran alam sekitar telahberlaku begitu teruk di Negara China kerana aktiviti membakar kilang memproses bijih besi.
“kita tahu besi ini negara-negara lain, seperti Austalia……. Brazil dia jual kepada negara China, tetapi Australia dan Brazil tidak membenarkan syarikat-syarikat China membakar besi-besi di negara mereka,
“(besi) dibakar di negara China itu sendiri, kerana itulah pencemaran alam sekitar di China antara yang terburuk……… adakah ini (yang kita mahu) akan berlaku di Kemaman?,”soalnya

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722