Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kes demam denggi di Pahang meningkat 94%

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

 
Jabatan Kesihatan Pahang sudah melakukan semburan kabus terhadap lebih 158,000 premis dan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes ke atas hampir 60,000 premis. – Gambar fail. Jabatan Kesihatan Pahang sudah melakukan semburan kabus terhadap lebih 158,000 premis dan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes ke atas hampir 60,000 premis. – Gambar fail.  


Kes demam denggi di Pahang kini semakin membimbangkan apabila mencatat peningkatan hampir 94% dari tempoh awal Januari sehingga Ahad lepas, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail, sehingga kini sebanyak 219 kes demam denggi dilaporkan berbanding 113 kes dalam tempoh sama tahun lepas, iaitu meningkat 106 kes.

"Daerah Kuantan mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 128 kes atau 58% diikuti Temerloh (29 kes), Jerantut (18), Maran (12), Raub (lapan), Pekan (enam), Bentong (enam), Bera (empat), Rompin (tiga), Lipis (tiga) dan Cameron Highlands (dua)," katanya dalam satu kenyataan di Kuantan hari ini.

Dalam pada itu Jabatan Kesihatan melakukan semburan kabus terhadap lebih 158,000 premis dan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes ke atas hampir 60,000 premis dengan lebih 19,000 premis diletakkan abate bagi pemusnahan jentik-jentik. – Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722