Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Sesi dengar bantahan cukai taksiran DBKL hambar

$
0
0

FREE MALAYSIA TODAY

Tidak sampai 10% hadir walaupun DBKL mengambil inisiatif mengadakan sesi tersebut.
Tengku Adnan Mansor


KUALA LUMPUR: Tidak sampai 10 peratus daripada 166,000 pemilik hartanah yang membantah kenaikan cukai taksiran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir sesi mendengar bantahan penilaian semula cukai itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata walaupun DBKL telah mengambil inisiatif mengadakan sesi tersebut yang memberi ruang kepada orang ramai menyatakan pendapat mereka, namun jumlah yang hadir adalah sedikit.

“Bila kita mengadakan sesi mendengar bantahan itu dan memberi penjelasan, baru mereka
faham…mereka pun lupa dalam 21 tahun harga nilai sewaan di Kuala Lumpur tidak pernah dinaikkan”, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Lorong Seni Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Pengumuman kenaikan cukai itu yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Jan lalu mendapat bantahan pelbagai pihak dan sehubungan itu DBKL bertindak menangguhkan kenaikan tersebut dengan memberi tempoh bantahan sehingga 31 Mac ini.   

Proses penilaian semula nilai cukai taksiran itu akan dibuat oleh lapan panel yang dilantik selepas tamat sesi bantahan.

Mengenai pelancaran program Lorong Seni Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Heart of Art @ KL itu. Tengku Adnan berkata program anjuran kementeriannya dan Kementerian Belia dan Sukan bertujuan menggalakkan golongan muda, artis, penggiat seni berhimpun bagi mempamerkan karya seni mereka.

Ia juga bertindak sebagai aktiviti mengisi masa lapang secara berfaedah selain mengelakkan golongan muda daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral, katanya.-Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722