MALAYSIAKINI

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusahakan 'langkah Kajang' bagi menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan liwat.

“Alasan untuk pilihan raya kecil itu kerana Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai perisai jika dia didapati bersalah.
“Dia mahu menggunakan kedudukan sebagai menteri besar sebagai perisainya,” katanya dalam majlis makan malam bersama pengundi Kajang malam tadi.