Basyar Abkadir
PANDAN : Harga barang-harga keperluan harian tetap akan naik memandangkan kos pengeluaran barang tersebut dikenakan cukai GST (cukai barang dan perkhidmatan) di setiap peringkat.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, antara contoh ialah penghasilan beras di kilang yang terpaksa melalui berpuluh-puluh cukai GST di setiap peringkat.
“Kalau kita lihat penghasilan beras daripada sawah padi ke kilang, penggunaan jentera, mesin, eletrik di kilang, pembelian plastik pembungkusan, semuanya kena GST.
“Peniaga tak boleh membuat ‘tax return’ kerana ia (beras) merupakan barang yang dikecualikan cukai. Pilihan yang ada adalah menaikkan harga barang untuk mengelakkan kerugian,” kata Rafizi.
“Pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menanggung kenaikan kos operasinya yang terlibat secara langsung dengan GST.
“Hakikatnya, walaupun barang-barang ini dikecualikan daripada cukai, harganya tetap akan naik,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin dalam taklimat ‘Fahami GST, Tolak GST’ di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi.
Tambahnya lagi, syarat pematuhan (compliance) yang lebih ketat juga akan memberikan kesan dalam peningkatan harga barang dan perkhidmatan.
“Setiap perniagaan yang ingin melaksanakan GST terpaksa menanggung kos baru seperti mengupah firma akauntan untuk memastikan rekod yang berkaitan GST seperti invois, resit dikemaskini apabila diaudit oleh jabatan kastam
“Ini akan menambahkan kos,” ujarnya