Mahirah Zakaria
KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan membuat pertemuan bersama kerajaan Arab Saudi bagi membincangkan mengenai penambahan kuota jemaah haji dari negara ini.
Pertemuan tesebut melibatkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.
Kerajaan Malaysia meminta agar kerajaan Arab Saudi menambah kuota haji rakyat Malaysia yang hanya mencecah 2 juta orang tahun lalu berbanding 3.2 juta orang pada tahun sebelumnya.
Pengurangan kuota yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi berikutan kerja-kerja ubah suai dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur sekitar Masjidilharam.
Tahun 2013, jumlah kuota hanya 22,320 orang, berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.