Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Papagomo dinasihat bertaubat, dosa tak terampun jika tak minta maaf

$
0
0

Azuan Ab Rahman


papagomo


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.

Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.

” Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,’ kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)

“Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.

“Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya,” ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi.

Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar.

“Alhamdullilah dengan keputusan tersebut.

“Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722