Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Waytha gesa MIC tinggalkan 'tuan' BN

$
0
0

MALAYSIAKINI




Selepas meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan menghentam perdana menteri berhubung bantuan kepada masyarakat India, P Waythamoorthy kini menggesa MIC meninggalkan BN.

Pemimpin Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) itu berkata, MIC harus mengambil tindakan itu bagi membuktikan kesetiaannya kepada masyarakat India.

“Pemimpin pengasas MIC... akan bangga dengan pemimpin sedia ada jika mereka mengambil langkah tegas itu.

“Perjuangan awal MIC untuk melindungi hak-hak masyarakat India yang tertindas, yang kebanyakannya pekerja estet pada masa itu,” katanya dalam kenyataan.

Waythamoorthy mendakwa, sejak pengundurannya, BN menyatakan bahawa sejumlah RM500 juta disebarkan kepada masyarakat India dalam tempoh lima tahun.

“Dengan erti kata lain, jika benar pun, RM500 juta tidak pernah sampai kepada masyarakat itu,” dakwanya.

Brnama pada 19 Februari memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim sebagai berkata, sejumlah peruntukan disalurkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India, termasuk dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722