Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kempen kembalikan Bernas kepada matlamat asal

$
0
0
MUHAMMAD FAIZAL 


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan satu kempen besar0besaran agar Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dikembalikan kepada matlamat asal penubuhannya.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, Bernas ditubuhkan pada tahun 1994 adalah untuk mengambil alih peranan Lembaga Padi Negara (LPN) dalam menguruskan stok penimbal beras negara dan bekalan beras, selain bertujuan untuk melindungi petani.

Katanya, Bernas juga berperanan bagi memastikan bekalan beras yang mencukupi di negara ini serta melindungi kepentingan orang ramai, dengan memastikan pengguna menikmati bekalan beras berkualiti pada harga yang stabil dan adil.

"Sekarang kita lihat peranan Bernas sudah jauh tersasar sehingga kerajaan hilang Bernas dan menyimpang dari tujuan asal sehingga menjejaskan kepentingan petani dan penguna," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Tambah beliau, memandangkan kegagalan kerajaan untuk bertindak dalam menjaga kepentingan petani dan pengguna, kempen ini perlu dilakukan bagi memulihkan matlamat asal Bernas dengan tujuan melindungi kebajikan dan kepentingan petani.

Menurutnya, kebenaran yang diberikan kerajaan terhadap Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk mengambil alih kawalan Bernas membolehkan tokoh korporat berkait Umno itu menikmati keistimewaan mengimport beras percuma tanpa duti sehingga 2021.

Penguasaan Syed Mokhtar dengan kebenaran kerajaan di dalam Bernas itu membolehkan beliau membawa Bernas kepada tahap penswastaan dan mempunyai kawalan mutlak kepada industri beras negara.

"Objektif yang ingin kita capai dalam kempen ini adalah untuk menamatkan status pengimport tunggal beras Bernas seperti yang diberikan kepada Syed Mokhtar, dengan membenarkan lebih banyak syarikat-syarikat memasuki ke dalam pasaran, bagi membolehkan persaingan harga berlaku.

"Selain itu juga kita berharap kerajaan melantik satu badan awam untuk mengawal selia dan menantau industri beras bagi memastikan kepentingan dan kebajikan para pertani dan pengguna dilindungi," sambung beliau.

Beliau yang juga Naib Pengerusi PKR Negeri Kedah turut memberitahu, kempen tersebut akan memberi tumpuan semula kepada dasar pertanian negara dalam meningkatkan pengeluaran beras tempatan ke taraf sara diri yang mencukupi untuk mengurangkan pengantungan kepada beras import, selain meningkatkan kebajikan dan pendapat petani.

"Pesawah padi merupakan tulang belakang kepada negara kita dalam menghasilkan beras, dan kita bertindak sekarang untuk menghilangkan tanggapan sedih.

"Selama ini kita berpendapat dengan menjadi petani adalah arah untuk menjadi miskin, tetapi pendapat ini akan kita ubah agar mereka yang menjadi petani terus dihormati serta menperolehi pendapatan setaraf dengan rakyat lain dalam negara ini," kata beliau.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722