HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula industri air di Selangor memang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri itu, khususnya penduduk pangsapuri, kata Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Samad.
Beliau berkata, penstrukturan air ini akan menyelesaikan banyak masalah melibatkan bekalan air di pangsapuri-pangsapuri sekitar Selangor.
"Apabila industri tersebut diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri maka kerajaan boleh membuat keputusan-keputusan yang secara langsung dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat.
"Contohnya dalam usaha untuk memastikan penduduk pangsapuri mendapat air percuma dengan melakukan migrasi dari meter pukal kepada meter individu, Kerajaan Negeri terpaksa berunding dengan Syabas agar syarat-syarat migrasi ini dapat permudahkan," kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar.
Iskandar juga berkata, sebelum penstrukturan ini, syarat-syarat seperti peratus persetujuan (consent) penduduk yang tinggi menghalang kelulusan banyak permohonan-permohonan migrasi.
Kerajaan Negeri terpaksa menunggu kelulusan pengurusan Syabas sekiranya terdapat permohonan di mana peratus persetujuan ini diturunkan serta terdapat juga syarat-syarat lain yang sering menghalang atau melambatkan proses migrasi.
"Proses ini akan dapat dipermudah dan dipercepatkan setelah industri air ini diurus sendiri oleh syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri," katanya lagi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.
MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.
Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.