Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kelantan tidak perlu catu air buat masa ini - Hanifa

$
0
0
SALMAH MAT HUSAIN 


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan bersedia membuat persiapan awal berdepan kemungkinan keadaan kemarau panjang yang boleh menyebabkan kekurangan bekalan air di negeri itu, biarpun ianya mencukupi untuk masa ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad, berkata sekiranya keadaan kemarau berlaku menjangkau tempoh sebulan, kemungkinan catuan air sebagaimana di negeri lain juga akan berlaku di negeri itu.

“Syukur setakat ini belum lagi ada tanda-tanda akan berlaku sedemikian. Malah  dalam sesi perbincangan dengan (Air Kelantan Sdn Bhd) AKSB, kita merancang untuk membuat persiapan awal agar tidak menghadapi masaalah berpanjangan.

“Antaranya dengan menyediakan air dengan lori bergerak untuk dibawa ke kawasan yang bakal menghadapi masaalah kekurangan air sekiranya ia berlaku,”ujarnya.

Pada masa yang sama menurutnya, kerajaan negeri telah berjaya menyiapkan satu projek besar untuk menaik taraf air di Jajahan Tumpat setelah siapnya telaga jejari di Wakaf Bharu.

Katanya, dengan siapnya projek itu air dapat disalurkan sehingga ke kawasan yang lebih jauh berbanding sebelum ini.

Selain itu telaga jejari di Bachok bakal siap sebulan lagi manakala di Jeli, Wakaf Bharu, Pasir Putih telah beroperasi sepenuhnya.

Telaga jejari mula diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan melalui AKSB awal tahun lalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722