Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Semua orang tahu budaya cantas mencantas dalam PKR, kata Noh

$
0
0
Post Pic
Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
KAJANG: Kemelut dalaman PKR yang semakin memburuk ditambah dengan budaya cantas-mencatas antara satu sama lain dalam parti, bukan sesuatu yang menghairankan, kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.
 
Malah katanya, PKR semakin hilang taring ekoran ramai pemimpin parti itu menyedari bukan nasib rakyat yang dipertahankan namun karier politik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperjuangkan.
 
Justeru tidak hairanlah semakin ramai pemimpin parti itu bertindak 'angkat kaki' meninggalkan perjuangan parti itu.
 
"Dalam sejarah tidak ada mana-mana parti yang ramai pemimpinnya keluar dari perjuangan, kecuali PKR. PKR ini sebuah parti yang berjaya menghasilkan pemimpin, yang ramai keluar (parti). 
 
"Daripada pengasasnya, timbalan presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan wanita, ini golongan pengasas parti. Ini kerana mereka dah nampak PKR bukan untuk rakyat, tetapi untuk Anwar.
 
"Saya nampak, orang yang cerdik yang ada otak di dalam PKR takkan tunggu lama di dalam PKR," katanya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.
 
PKR yang ditubuhkan pada 1998 merupakan sebuah parti politik yang tercetus dari semangat reformasi selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
 
Bagaimanapun, dalam tempoh penubuhannya yang masih hijau, PKR telah kehilangan ramai tonggak utama parti itu, antaranya bekas pengasas, Ng Lum Yong; Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan; Naib Presiden, Datuk Jeffrey Kitingan dan Nain Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
 
Turut dicatatkan meninggalkan PKR adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor dan bekas Ahli Parlimen Bandar Kulim Baru, Datuk Zulkifli Noordin.
 
Situasi yang sama turut berlaku sehingga kini apabila ahli-ahli PKR di Sabah dan Sarawak turut meninggalkan parti kerana hilang kepercayaan dan kecewa perjuangan parti itu meminggirkan suara ahli akar umbi di dua negeri tersebut.
 
Menurut Noh, perbalahan demi perbalahan yang berlaku di dalam kepimpinan PKR hanya menunjukkan perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan Anwar yang juga Ketua Umum parti, dan bukannya demi rakyat seperti yang dilaungkan mereka.
 
"Mana-mana pemimpin yang cetek pemikiran, digelar cucuk hidung seperti Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR), anak-anak junjungan Anwar hanya menjadi kerbau dicucuk hidung. Apa Anwar cakap mereka akan sokong," ujar beliau.
 
Sehubungan itu, Noh meminta rakyat menilai sendiri dasar perjuangan sebenar PKR berdasarkan alasan mengapa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang terpaksa diadakan 23 Mac ini.
 
Anwar berkata PRK itu terpaksa diadakan bagi membolehkan beliau menjadi ADUN bagi mematahkan serangan bertali arus Umno BN terhadap Selangor.
 
Namun media melaporkan PRK Kajang terpaksa diadakan bagi melerai perbalahan berpanjangan antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. 
 
Umum mengetahui Khalid dan Azmin tidak sebulu dan sering bercanggah pendapat bersabit isu pentadbiran Selangor.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722