Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ada apa pada nombor hingga sampai mahal harganya

$
0
0
KL TODAY



 


Apa yang menarik sesetengah orang untuk membayar harga mahal untuk nombor plat kereta?Mereka ini selalunya adalah golongan berharta.Mereka membeli nombor pendaftaran ini bagi memenuhi kepercayaan mereka terhadap status yang dibawa nombor-nombor istimewa ini.Ada pula, terutamanya kaum Cina, percaya yang sesetengah nombor akan membawa nasib yang baik dalam hidup mereka.

Nombor-nombor seperti tiga, enam, tujuh dan sembilan dipercayai kerana hampir sama bunyi dengan perkataan kemakmuran, nasib baik, murah rezeki, dan umur panjang.

Kaum Cina juga akan mengelak beberapa nombor seperti empat dalam kehidupan seharian mereka kerana bunyinya seakan sama dengan perkataan ‘kematian’ dalam dialek Cina dan Mandarin, dan ini mempengaruhi keputusan mereka dalam menempah nombor plat kereta.

Ini menjadikan proses bidaan nombor plat sebagai perniagaan yang menguntungkan bagi Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ). Ada sesetengah orang pula tidak akan berhenti selagi tidak mendapat nombor yang dihajati.

Menerusi garis panduan bidaan nombor dari laman sesawang JPJ, nombor emas ini adalah di antara 1 dan 10, dan bidaan minima adalah RM10,000.

Nombor dalam kategori ‘bertuah’ memiliki harga bidaan minima RM2,000 manakala nombor istimewa pula pada RM300. Manakala nombor yang tidak berada dalam kategori di atas boleh dibeli dengan harga RM300.

Baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah membayar RM520,000 dan RM748,000 bagi mendapatkan nombor WWW 1 dan W1N.

Dia dilaporkan bertitah yang dia membeli nombor ini menurut saluran rasmi, dan wang ini boleh digunakan rakyat.

JPJ dilaporkan mendapat kutipan tahunan sekitar RM170 juta menerusi kegiatan ini.

Pencarian Google menunjukkan yang ada beberapa laman sesawang tempatan mengajar pembeli langkah-langkah membeli nombor kegemaran mereka.

Juga terdapat sebuah perisian Android yang memberitahu penggunanya mengenai nombor yang sudah boleh dibeli.

Ahli numerologi; Marinah Ng, yang menguruskan Marinah Numerologist, berkata walaupun nombor lapan dan sembilan memiliki simbol bertuah kepada kaum Cina, ini bukan pada setiap masa.

Tidak seperti pandangan popular, nombor yang dianggap bertuah dari segi Cina, tidak berkesan dalam bidang numerologi, dan Marinah percaya yang nombor yang berbunyi seakan malang pun boleh membawa nasib baik bagi individu tertentu.


“Contohnya nombor 138 berbunyi seakan ‘makmur dalam hidup’, tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh membawa kemalangan,” jelasnya.

Dia menambah yang sepanjang pengalamannya memberikan rundingan, pelanggannya jarang ada yang datang untuk memilih nombor kereta.

Kebanyakan pelanggan saya datang untuk bantuan dalam menukar nama atau memilih nombor telefon bimbit. Jarang ada yang datang untuk memilih nombor kereta,” jelasnya lagi.

Namun menurutnya, kombinasi nombor yang baik, termasuklah bagi nombor plat kereta, berguna dalam mencerahkan peluang seseorang itu untuk berjaya dalam hidup.-Ant Daily

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722