RAKYATNEWS
![]()

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos memberi amaran akan berlaku kekecohan di Petaling Street pada Sabtu ini sekiranya gagal memenuhi tuntutan penunjuk perasaan 'baju merah'.
Malah beliau tidak menolak kemungkinan rusuhan bakal tercetus di kawasan perniagaan kaum cina itu.
"Jika pihak berkuasa tidak ambil tindakan, saya 99 peratus yakin bahawa satu lagi perhimpunan akan diadakan malah rusuhan juga akan berlaku di sana," katanya kepada pemberita di Balai Polis Ampang Jaya di sini hari ini.
Beliau hadir bagi membuat laporan berhubung tuduhan terhadapnya di media sosial dan Whatsapp.
Jamal berkata, beribu-ribu penunjuk perasaan yang hadir ketika perhimpunan di Petaling Street pada 16 September lalu mungkin akan kembali membantah di kawasan perniagaan itu Sabtu ini.
Antara tuntutan kumpulan itu adalah supaya Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak terhadap dakwaan penjualan barangan tiruan di Petaling Street, peniaga berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan berhenti memonopoli di kawasan itu.
"Terpulang kepada pihak berkuasa jika mereka tidak mengambil tindakan selewat-lewatnya Jumaat. Jika kekecohan berlaku, saya tidak bertanggungjawab," katanya.
Jamal bagaimanapun enggan menjawab sama ada beliau telah mengadakan perbincangan dengan persatuan penjaja Petaling Street.
Kumpulan penunjuk perasaan 'baju merah' dijangka bertemu Jamal, selaku Pengerusi Gabungan NGO Melayu untuk mengadakan perbincangan lanjut pada Khamis.