Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

SOALAN UNTUK SYED ALI MENGENAI ZAHID HAMIDI

$
0
0

shahbudindotcom

 
 
Nampak tidak senang benar Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang tidak lama sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi PNS dengan tulisan saya bertajuk "Tentera Siber Zahid Mula "Mengamuk"...Hahaha" bertarikh 22 September lalu yang menurut tafsirannya sebagai percubaan melaga-lagakan atau cuba mewujudkan perselisihan antara Najib Razak dengan Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam tulisan itu, saya hanya membangkitkan mengenai tindakan yang saya percaya dilakukan oleh tentera siber Zahid untuk mempertahankan "boss" mereka di ruangan komen blog saya berkenaan satu artikel mengenai Timbalan Perdana Menteri itu tetapi tidak pula berbuat apa-apa apabila saya menulis mengenai Najib.

Menurut Syed Ali, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila seseorang pemimpin mempunyai  jentera siber yang setia, termasuk dimiliki oleh Anwar Ibrahim juga.

Untuk pengetahuan Syed Ali, persaingan kuasa antara pemimpin nombor satu dengan nombor dua adalah perkara biasa dan telah beberapa kali berlaku sebelum ini.

Di arena politik yang lebih luas, telah lama wujud pepatah Barat yang berbunyi "Pemimpin nombor dua adalah sahabat dalam politik tetapi musuh dalam kuasa kepada pemimpin nombor satu."

Tiada yang pelik dan mustahilnya jika perselisihan itu berlaku sebenarnya, tambahan lagi dalam kedudukan Najib yang semakin tidak disukai sekarang ini.

Dalam konteks Najib dan Zahid ini,  saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada Syed Ali:- 

Tahukah Syed Ali, sudah ada penyokong-penyokong setia Zahid ketika berbual sesama mereka sekarang ini tidak lagi memanggilnya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dengan sebutan Bakal Perdana Menteri?

Jika Syed Ali merasakan saya cuba melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri, beliau juga seharusnya membuat ingatan terbuka kepada penyokong Zahid agar menghentikan segala bentuk keghairahan yang keterlaluan dan tidak kena dengan masanya itu.

Apakah para penyokong Zahid tidak belajar langsung daripada pengalaman jatuhnya Musa Hitam dan Anwar Ibrahim sebelum ini?

Selain itu, tahukah juga Syed Ali bahawa Zahid turut sudah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak lama setelah beliau dilantik sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin?

Walaupun Najib difahamkan mengetahui mengenai pertemuan itu dan diberitahu kepadanya ia adalah atas permintaan Tun Mahathir, malah ketika seorang VIP bertanya kepada Perdana Menteri baru-baru ini mengenai pertemuan itu, Najib juga mengatakan ia kerana diminta oleh Tun Mahathir, soalnya benarkah bekas Perdana Menteri itu yang berkehendakan bertemu dengan Zahid?

Bagaimana jika sebenarnya Zahid sendiri yang ingin bertemu dengan Tun Mahathir?

Tetapi kalau pun benar pertemuan itu atas permintaan Tun Mahathir, perlukah Zahid memenuhinya sedangkan beliau tahu bekas Perdana Menteri itu tiada lain matlamatnya ketika ini selain mahu menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri?

Tidak bolehkah Zahid menolak permintaan Tun Mahathir itu bagi menunjukkan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada Najib?

Buat apa Zahid bertemu dengah "musuh nombor satu" bossnya sendiri sedangkan beliau sepatutnya cuba sedaya upaya untuk menjauhinya?

Tidakkah dengan bertemu dengan Tun Mahathir itu bermakna Zahid sendiri ingin berselisih dengan Najib?

Bagaimanapun kepada Syed Ali, tahniah diucapkan kerana lebih pantas bangun mempertahankan Najib dan Zahid berbanding Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain dan semoga beroleh lebih kesejahteraan dan nikmat pelbagai jawatan selepas ini. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Trending Articles