Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PERKASA: Selesai tuduhan Syiah secara tertutup

$
0
0
 

 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Mohamad Sabu mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan tuduhan “Syiah” ke atas timbalan presiden PAS itu.

Menurutnya, usaha untuk menyelesaikan tuduhan tersebut secara tertutup akan memberi kebaikan kepada umat Islam di negara ini.

"Adalah bagus kalau kedua-duanya dapat bersua muka dalam pertemuan tertutup dan menyelesaikan isu itu.

NONE"Tindakan seperti ini sudah tentu memberi kebaikan kepada Islam," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Ibrahim berpendapat, Ahmad Zahid hanya “tersilap cakap” kerana menuduh Mohamad seorang pengikut Syiah.

"Ia sudah menjadi isu dan ia adalah isu politik. Tersalah cakap sedikit, apabila buat sebarang kenyataan ia dah jadi isu,” katanya.

Bagaimanapun, Zahid berhak membuat kenyataan seperti itu atas sebab keselamatan negara dan Mohamad pula berhak mempertahankan diri dari tuduhan seperti itu, katanya.

"Saya berpandangan Mat Sabu berhak mempertahankan dirinya," kata Ibrahim yang berkata Mohamad berhak mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan berkenaan.

NONEKementerian Dalam Negeri pada 12 Disember lalu antara lainnya mengemukakan bukti bahawa Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah kerana mengkagumi kepemimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatollah Khomeini.

Mengulas mengenai perkara itu, Ibrahim turut mengakui bahawa beliau pernah mengunjungi Khomeini dan pernah merakam gambar pertemuannya dengan tokoh tersebut.

Menurutnya, gambar itu diambilnya sewaktu beliau pulang dari menunaikan umrah dan singgah ke Perancis sehari sebelum Revolusi Iran 1979 tercetus sewaktu Khomeini berada di sana.

"Saya sudah komen apabila tengok gambar saya bersama Ayatollah Khomeini mula tersebar kembali, dan ia adalah benar.

"Saya rasa saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang pernah bertemu dengannya.

"Tiada apa-apa pun dapat jumpa Ayatollah Khomeini ini," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722