MALAYSIAKINI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai anggota Parlimen Bagan Datoh apabila Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal oleh peguamnya terhadap dua petisyen yang difailkan terhadapnya.
Hakim Datuk Hasnah Mohamed Hashim mendapati kedua-dua petisyen, difailkan calon PKR Madhi Hassan dan seorang pengundi lagi, sebagai tidak sah dan cacat.
Beliau turut memerintahkan Madhi untuk membayar kos sebanyak RM25,000.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini memerintahkan kes ini dibicarakan selepas membenarkan rayuan Mahdi sebelum ini.
Bagaimanapun, bantahan awal dikemukakan peguam Ahmad Zahid, sewaktu pendengaran bulan lalu.