Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Status Terkini: Gangguan bekalan air hentitugas Loji Air Sg Selangor Fasa 2

$
0
0

SELANGOR KINI



Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini berkaitan gangguan bekalan air berjadual ekoran hentitugas (separa) berjadual Loji Rawatan (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) yang diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB).

Untuk makluman, seperti dirancang kerja membaikpulih dan menaiktaraf peralatan utama loji berkenaan telah disiapkan sepenuhnya oleh PNSB sekitar jam 8:00 malam 17 Disember 2013. Sejurus selepas itu, bekalan air bersih telah disalurkan semula ke kolam imbangan Matang Pagar.

Pada masa yang sama, pihak SYABAS telah mengaktifkan semula penyaluran air dari kesemua 41 kolam utama dan kolam perkhidmatan SYABAS yang dikawal semasa hentitugas (separa) LRA SSP2 bagi memulihkan semula bekalan air ke kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air.

Setakat laporan jam 3 petang hari ini, 98% daripada sejumlah 217,694 akaun pengguna di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak telah menerima bekalan air seperti sedia kala.

Hanya sekitar 2,388 akaun di Wilayah Klang/Shah Alam dan 842 akaun di Wilayah Petaling yang masih menghadapi tekanan air rendah sementara bekalan air di  kawasan yang terlibat di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya sejak jam 9:00 pagi tadi.

Pihak SYABAS menjangkakan bekalan air ke kesemua kawasan ini yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan akan pulih sepenuhnya menjelang pagi esok.

Semua pengguna disarankan agar terus menggunakan bekalan air secara berhemah kerana ianya boleh membantu untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan bekalan air ini di kawasan-kawasan yang masih mengalami tekanan air yang rendah.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut disaran agar menghubungi SYABAS melalui saluran komunikasi yang disediakan termasuklah melalui laman sosial facebook dengan menaip carian ‘puspel syabas’ serta twitter’puspel’. Pengguna juga boleh menggunakan khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk menyuarakan sebarang pendapat dan aduan dengan menaip PUSPEL aduan/ pertanyaan dan hantar ke 39222 selain menghantar email ke alamat puspel@syabas.com.my. 

Maklumat terkini serta perkembangan pemulihan boleh didapati di laman web SYABAS www.syabas.com.my. Pihak SYABAS akan juga memberikan perkembangan terkini kepada para pengguna dari masa ke semasa sekiranya diperlukan.

PRISCILLA ALFRED

Penolong Pengurus Besar,Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
*Nota tambahan:

Kawasan yang masih mengalami gangguan  bekalan air dan tekanan air rendah
Wilayah Petaling (842 akaun)

Sebahagian daripada kawasan di:
  • Bandar Baru Sri Petaling
  • Desa Petaling
  • Jalan Kuchai Lama
  • Jalan Klang Lama
  • Kuchai Enterpreneurs Park
  • Taman OUG
  • Jalan Sungai Besi
  • Kampung Baru Salak Selatan
  • Kampung Malaysia
  • Taman Bukit Indah
  • Taman Desa
Wilayah Klang/ Shah Alam (2,388 akaun)
Kawasan Bukit Naga

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722