Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Akujanji dikeluarkan bagi selesaikan 878 projek tertangguh

 
Kerajaan Selangor telah melaksanakan usaha dan program mitigasi untuk menambah kapasiti bekalan air terawat bagi menampung keperluan air terawat sekurang-kurangnya sebelum Loji Rawatan Air Langat 2 dilaksanakan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.




SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari mengumumkan pengeluaran surat Akujanji kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menyelesaikan masalah penangguhan 878 projek baharu di negeri tersebut.

Projek-projek tersebut terpaksa ditangguhkan sejak Jun lalu atas alasan kekurangan bekalan air selepas projek-projek pembangunan itu disiapkan.

“Kerajaan Selangor telah maklumkan bahawa kita telah melaksanakan usaha dan program mitigasi
untuk menambah kapasiti bekalan air terawat bagi menampung keperluan air terawat sekurang-kurangnya sebelum Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Menurut beliau, kata sepakat kerjasama ini dibuat selepas satu mesyuarat yang diadakan pada 3 Disember lepas dimana perwakilan SPAN telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Teo Yen Hua.

Jelas Khalid, melalui usaha ini, kerajaan negeri Selangor yakin bahawa bekalan air bersih dalam negeri adalah mencukupi sehingga tahun 2016.

Khalid yang dalam penggal keduanya sebagai Menteri Besar Selangor menjelaskan SPAN telah bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan kerajaan negeri Selangor.

“Sebagai balasan kepada SPAN, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi indemniti ke atas sebarang tindakan atau tuntutan ganti rugi oleh pemaju ke atas SPAN akibat dari ketidakupayaan membekalkan air oleh kerajaan negeri dalam kuantiti dikehendaki pemaju.

“Akujanji ini berkuat kuasa sehingga 30 Jun 2014 namun tidak terpakai sekiranya kegagalan membekalkan air adalah berpunca dari ketidakupayaan, ketidakmampuan dan kecuaian operator air serta kegagalan agensi perakuan yang dilantik oleh SPAN untuk bertindak secara profesional,” jelas beliau.

Tambah Khalid, SPAN juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang dalam proses mengambil alih industri perkhidmatan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722