SUBKY LATIF
Pandangan popular dalam kalangan kerabat Barisan Nasional sekarang mahukan Kajang ditandingi oleh MCA tidak kira ia boleh menang atau tidak.
Pandangan awal yang mahukan MCA dikecualikan dari menjadi calon di situ ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Dan yang terakhir ialah NGO lebih Umno dari Umno iaitu Perkasa.
Khairy bersikap demikian justeru tidak berpegang kepada fikah politik UMNO/BN bahawa Kajang sudah ditradisikan milik MCA. Ikut fikah itu MCA adalah calon payah menang. Khairy berpegang kepada falsafah politik Najib yang mahu calon mudah menang.
Sehingga rencana ini ditulis Najib belum memberi pencerahan tentang calon Kajang itu. Dia mungkin celaru dan keliru. Fikah politik yang dianutinya Kajang adalah untuk MCA. Falsafah politiknya pula mahukan calon mudah menang. MCA sehingga ini adalah kumpulan payah menang.
Bukan sekadar MCA payah menang, Barisan Nasional tidak kira calon parti mana pun dirasakan payah menang. Sekalipun BN pinjam calon dari PKR sendiri Tian Chua, apabila dia gunakan lambang dacing untuk menentang Anwar, dia tidak lagi jadi calon senang menang.
Dalam kalangan masyarakat termasuk Cina, Lee Lam Thye adalah personaliti yang amat disenangi. Terbaik dari semua. Tidak diramal menang di Kajang. Maka itu payahnya memberi peluang kepada MCA.
Jika Najib berpegang kepada fikah politik BN, meletakkan calon MCA bercanggah dengan falsafah politiknya.
Bedasarkan pandangan popular tadi, Kajang wajar diberi kepada MCA, bukan kerana ia senang menang, tetapi justeru fikrah politik tadi. Di sinilah kuatnya Umno dan BN dengan ciri Melayunya, biar mati anak, jangan mati adat. Biar BN kalah asal Kajang kekal bagi MCA.
Pengundi Cina Kajang adalah antara yang awal membuat perubahan. Ketika pengundi Cina dihantui takutkan PAS sekalipun mereka meluat dengan Umno, Cina Kajang sudah dulu dari semua.
Ketika itu Cina sudah mahukan perubahan, tetapi apabila calon yang menentang BN adalah PAS, ramai antara mereka justeru takutkan PAS terpaksa mengundi BN juga. Tetapi Cina Kajang mengundi PAS dengan calonnya Dr Shafie. Bukan semua Cina mengundi Dr Shafie. Tetapi menentu yang cukup dari Cina diberi kepada PAS, Dr Shafie menang di Kajang dalam PRU 2004.
Yang PAS kalah di mana-mana sebelum ini ialah ia tidak undi Cina dan India. Dengan jumlah tertentu Cina Kajang mengundi PAS, kecundanglah MCA.
SPR pecah sempadan pillihan raya. Kajang dipecah dengan Bangi. Dr Shafie bertanding di Bangi, Kajang diberi kepada Cina PKR. Jika Melayu PAS pun Cina Kajang undi, apa lagi PKR yang meletakkan Cina pada PRU 2008. PRU 2013, PKR tukar kepada Cina lain. MCA kalah juga.
Sebelum pengundi Cina di seluruh negara terbuka hatinya untuk berubah bersama Pakatan Rakyat, tak kira calonnya dari PAS atau yang lain, Cina Kajang sudah mendahului.
Adakah setelah Cina rata-rata terbuka hati untuk mengundi MCA lagi, maka Cina Kajang terbalik semula, lalu memberi undi kepada MCA pula? Suatu kemungkinan tidak terfikikr oleh sesiapa.
MCA pun tidaklah berminat sangat. Tetapi bagi menjaga air muka, ia akui sanggup. Baginya memenangi Kajang tidak berbangkit, tetapi kalau peluang tidak diberi kepadanya, ia seperti BN membunuhnya. Maka beri jugalah Kajang pada MCA!