Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pulau Pinang tidak lulus kasino kerana banyak kemudaratan daripada kebaikan: Guan Eng

$
0
0

lge kanak2

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak meluluskan kasino yang lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan sebaliknya meluluskan projek pemangkin ekonomi, termasuk Ikea.

Beliau berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat gembira kerana IKEA telah memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam kenyataan media di Komtar, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, projek itu adalah usahasama antara syarikat induknya, Ikano dan sebuah syarikat tempatan akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan sebagai pusat komersil dan runcit.

Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan pasukan teknikal IKEA dan pasukan reka bentuk IKEA daripada Pengurus Projek Pelaburan, Mikael Winqvist; Pengurus Rekaan Serantau, Tim Denoon, dan Penolong Pengurus Pengembangan, Edward Ng.

Penjualan 245 ekar tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Kawan bernilai RM484 juta, di mana pusat membeli-belah dijangka akan siap dalam tempoh lima tahun.

Daripada jumlah itu 30 ekar untuk pembangunan kedai utama Ikano iaitu Kedai IKEA dan Fasa 1 pusat membeli-belah, 45 ekar untuk pembangunan fasa 2 pusat membeli-belah; dan 170 ekar untuk projek pembangunan bercampur.

PDC sudah menerima deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bernilai RM5 juta.

Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pelaburan Ikano yang bukan sahaja akan bertindak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi tetapi juga meletakkan Batu Kawan di peta antarabangsa sebagai tapak bertaraf dunia bagi pusat komersial industri, peruncitan, pendidikan dan kesihatan serta gaya hidup.-Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722