Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dr Mahathir dakwa kakitangan ‘tidak selamat’ jika Anwar jadi MB

$
0
0
OLEH LEE SHI-IAN


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mengakui beliau sememangnya takut sekiranya bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎menjadi menteri besar Selangor.

Perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia itu menyifatkan kejayaan Anwar memegang tampuk kuasa akan sekaligus menyebabkan kakitangannya tidak selamat.

"Orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana pelakuannya yang 'tidak bermoral'.

"Kakitangan beliau juga tidak selamat," kata Dr Mahathir ‎pada sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Selangor hari ini.

Lebih dari itu beliau juga menganggap Anwar tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya mementingkan jawatan namun bukan untuk memperjuangkan bangsa dan agama.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722