Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Mahkamah: Tiada keperluan panggil semula Pereira

$
0
0

MALAYSIAKINI





Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa tiada keadaan luar biasa bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil semula bekas pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.

Ketika menolak permohonan Anwar itu, Hakim Datuk Aziah Ali, yang mengetuai panel tiga anggota, sebulat suara memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk mengemukakan keterangan lanjut daripada bekas pegawai penyiasat itu.

Peguam kanan Karpal Singh (kanan) yang mewakil Anwar, telah memohon untuk memanggil semula Pereira atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah mendapatinya "tidak layak dan sesuai" untuk diterima sebagai peguam di Mahkamah Tinggi Malaya.

Ini atas alasan bahawa Suhakam mendapatinya bukan saksi yang berwibawa dalam inkuiri berhubung penangkapan lima peguam pada 2009 di balai polis Brickfields.

Hakim Aziah berkata mahkamah mendapati laporan Suhakam itu sedia ada, malah semasa perbicaraan Anwar pun, kerana ia sudah ada pada 23 April 2010 dan saksi itu (Pereira) pernah menafikannya.

Perbicaraan kes liwat terhadap Anwar telah memulakan pada 3 Februari 2010.

"Tambahan pula, hakim perbicaraan membuat penemuan beliau berdasarkan keterangan saksi-saksi lain termasuk pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan), doktor-doktor dan ahli kimia dan tidak semata-mata keterangan Pereira sahaja," katanya.

"Oleh itu, mahkamah bersetuju bahawa permohonan itu gagal memenuhi syarat-syarat (untuk mewajarkan dipanggil semula) dan kami menolak permohonan itu," demikian diputuskan oleh mahkamah.

Karpal segera memohon penangguhan pelaksanaan penghakiman tersebut dengan alasan bahawa mereka akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) membantah penangguhan pelaksanaannya dan penangguhan rayuan kes itu.

Selepas berehat seketika, Hakim Aziah membenarkan penangguhan pendengaran tersebut.

"Sementara kita prihatin terhadap penangguhan yang berterusan (kes rayuan Liwat II), mahkamah perlu adil dan dilihat adil. Atas sebab ini, Mahkamah Rayuan akan membenarkan penangguhan tersebut," jelas Aziah.

Karpal berjanji untuk memfailkan notis rayuan esok, dan Hakim Aziah menetapkan 28 Februari untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722