Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Naik cukai: Hendak suruh warga KL mengemis?

$
0
0


 AHMAD ZAMRI


Saya meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak meneruskan cadangan untuk menaikkan cukai taksiran Kuala Lumpur seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku tahun ini. Difahamkan DBKL telah mengeluarkan notis kepada penduduk dengan kadar baharu kenaikan cukai mulai Jun – Disember 2014 dan fasa demi fasa penduduk dipanggil bagi menerima rasional kenaikan kadar cukai pintu tersebut.

Lewat tahun lepas, beribu warga Kuala Lumpur telah menyerahkan surat bantahan bersama bil dan no akaun mereka kepada DBKL. Mereka mewakili keseluruhan penduduk Kuala Lumpur yang tidak mahu cukai pintu di Kuala Lumpur dinaikkan. Sepatutnya kehadiran beribu-ribu surat bantahan penduduk KL ke pejabat DBKL sudah cukup memberi suatu amaran jelas bahawa penduduk KL tidak bersedia menerima sebarang kenaikan lagi buat masa terdekat dan DBKL serta Kementerian Wilayah Persekutuan perlu memahami isyarat ini.

Bagi mereka, DBKL perlu mengambil kira kesusahan dan penderitaan rakyat dalam menanggung bebanan hidup ekoran kenaikan kos sara hidup yang meningkat. Dalam tahun lepas dan tahun ini sahaja pelbagai kenaikan telah ‘dinikmati’ oleh rakyat daripada harga petrol, tarif eletrik, gula dan lain-lain lagi. Malah, harga tol di beberapa lebuhraya telah pun dinaikkan mulai 1 Januari 2014. Tahun hadapan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula akan diperkenalkan. Justeru, apa lagi yang tinggal buat rakyat untuk mereka meneruskan kehidupan dalam keadaan pendapatan yang tidak meningkat naik melainkan bebanan demi bebanan ditanggung.

Soalnya, apa keperluan cukai taksiran di Kuala Lumpur dinaikkan pada waktu ini? Mengapa perlu memangsakan rakyat hanya semata-mata kerana kerajaan menjadi buntu memikirkan soal perbelanjaan yang melebihi pendapatan? Dalam keadaan majoriti penduduk Kuala Lumpur berpendapatan sederhana malah masih ramai hidup di bawah paras kemiskinan, DBKL pula sewenang-wenangnya menaikkan cukai taksiran. Mahu rakyat hidup merempat di bawah jambatan, mengemis meminta simpati, berhutang keliling pinggang atau mahu rakyat bekerja siang dan malam hanya semata-mata mahu meneruskan kelangsungan hidup berkeluarga di bandaraya ini?

Dalam hal ini, sepatutnya DBKL berusaha gigih memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat menikmati hidup di tengah-tengah bandaraya ini. Aspek kebajikan dengan memenuhi infrastruktur dan kemudahan awam adalah terlebih utama untuk ditunaikan daripada menjerut leher rakyat. Lagipun, masih banyak masalah dihadapi oleh penduduk Kuala Lumpur seperti isu trafik yang tidak pernah selesai,  perumahan, kebersihan, parkir, jenayah dan lain-lain. Daripada DBKL berbelanja ratusan juta ringgit untuk sambutan tahun baru, majlis keraian tertentu dan lain-lain, adalah lebih dimanfaatkan duit tersebut untuk keperluan dan kebajikan rakyat di Kuala Lumpur ini.

*Penulis adalah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722