KEADILAN DAILY
KAJANG : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kerajaan Selangor untuk mengadakan kerjasama akademik antara Universiti Selangor (Unisel) dengan Kolej New Era.
“Saya nak bagi cadangan kepada kerajaan negeri Selangor supaya ada kerjasama yang rapat di antara Universiti Selangor (Unisel) dengan Kolej New Era.
“Dengan ini kita mulakan satu titik pertemuan, saling membantu, membuat kajian dan mahasiswa menjalin kerjasama.
“Di peringkat kerajaan negeri, saya fikir mereka bersetuju untuk adakan,” kata Anwar pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kolej New Era di Kajang semalam.
Kata Anwar, Pakatan Rakyat menyanjung dasar pendidikan dan pengupayaan bahasa ibunda di negara ini seiring penguasaan secara baik Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Kalau itu diterima, tak ada sebab mengapa kerajaan Selangor tak segera bantu dan tingkatkan usaha dan selesaikan masalah-masalah.
“Yang ini saya berani jamin. Kamu boleh cari saya selepas (menang) pilihan raya nanti,” seloroh Anwar disambut ketawa hadirin.