Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jangan Tunduk Kepada Dong Zong Untuk Menang PRK Kajang

$
0
0

Rakyat News

Syafiq Syazwan 

 
PETALING JAYA - Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) diingatkan untuk tidak tunduk kepada permintaan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) bagi mendapatkan Perakuan Sijil Peperiksaan (PSP) demi mendapatkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang akan datang.

Penganalisi politik Prof Madya Datuk Dr Zainal Abidin Borhan berkata, ini merupakan permainan politik Dong Zong setiap kali tiba waktu pilihan raya demi kepentingan peribadi persatuan tersebut.

"Saya selalu melihat permintaan mendapatkan PSP setiap kali berlakunya pilihan raya di negara, dan ini merupakan permainan politik oleh Dong Zong.

"Jika kerajaan PKR Selangor tunduk kepada permintaan Dong Zong untuk menang pada pilihan raya kali ini, saya khuatir perakuan tersebut akan mendatangkan kemelut pada masa akan datang," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

PSP merupkan peperiksaan biasa yang dijalankan di sekolah menegah swasta berbangsa Cina dan turut diperakui di beberapa negara termasuk Taiwaan, Hong Kong dan Singapura.

Dong Zong bersama kumpulan pelajaran Cina telah sekian lama cuba mendapatkan perakuan PSP di Malaysia bagi membolehkan pelajarnya memasuki institut pengajian tinggi awam (IPTA) negara.

Menurut Zainal Abidinm kerajaan Selangor yang menguruskan Universiti Industri Selangor (Unisel) juga perlu bersedia untuk menerima pelajar yang bukan berasal dari sekolah awam negara.

Katanya, adakah pengurusan Unisel telah bersedia untuk mengecualikan pemegang kelulusan PSP swmi memenuhi kehendak Dong Zong.

"Sekiranya kerajaan PKR Selangor tunduk kepada permintaan Dong Zong, saya harap pengundi Kajang akan membuat keputusan yang lebih bijak.

"Mereka boleh memilih untuk mempertahankan polisi pendidikan yang telah terbukti berkesan sejak 43 tahun lalu atau beralih kepada perlaksanaan sebuah sistem yang tidak membenarkan guru mengajar dalam bahasa Malaysia pada pembelajarannya," ujarnya.

Dong Zong sekali lagi meyuarakan kehendaknya mendapatkan PSP pada majlis rumah Terbuka sambutan Tahun Baru Cina di Kajang, kalmarin.

Pada majlis tersebut, Presiden Dong Zong turut menggesa kerajaan Selangor memberikan 2.02 hektar tanah bagi membina Sekolah Menengah Yu Hua.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar yang hadir pada majlis tersebut telah berjanji untuk menunaikan permintaan persatuan tersebut.

"Sekiranya PKR Selangor ingin meluluskan sekolah menengah Yu Hua, maka mereka juga perlu bersikap adil dengan membuka kembali Pusat GiatMara Selayang yang telah ditutup," katanya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722