Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Gerakan besar' halang Taib jadi TYT

$
0
0

 
MALAYSIAKINI
 
 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak memberi amaran akan menyusun "gerakan besar" untuk berkempen bagi menghalang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud daripada dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri (TYT).

Penyelaras SAMM Sarawak Azan Akma berkata, pelantikan Taib sebagai TYT akan mengehadkan kemungkinan tindakan yang bakal diambil ke atasnya berkaitan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

"Sekiranya ia berlaku, segala bentuk perundangan soal salah laku yang dilaporkan terhadap Taib Mahmud akan menjadi lebih sukar dan terbatas.

"Kedudukan TYT Sarawak akan menjadikan Taib lebih kebal, mungkin inilah ideanya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, SAMM Sarawak akan menghalang sebarang usaha melantik gabenor negeri yang dituduh terlibat dengan rasuah, termasuklah yang “merompak hasil bumi Sarawak berpuluh tahun lamanya".

Pemuda PAS sebelum ini berkata akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung cadangan pelantikan Taib sebagai TYT Sarawak.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, mereka memandang serius perkara itu kerana Taib dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa selama pemerintahan 33 tahunnya sebagai ketua menteri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722