MALAYSIA KINI
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan BN sebelum ini berjaya membuat rundingan dengan pemegang konsesi lebuh raya untuk mengekang kenaikan kadar tol.Kata, BN berjaya berbuat demikian pada 2010, yang membolehkan kenaikan harga tol dibekukan selama lima tahun.
Jelasnya, perdana menteri pada 15 Oktober tahun 2010 mengumumkan pembekuan kadar tol selama lima tahun bagi Lebuh Raya Utara Selatan dan empat lebuh raya sewaktu membentangkan belanjawan 2011.
"Kerajaan BN pada masa itu mendakwa berjaya merundingkan semula perjanjian baru dengan PLUS supaya pembekuan selama lima tahun terhadap kenaikan tol dipersetujui.
"Oleh kerana itu, kerajaan BN sepatutnya tidak berbohong dengan mendakwa perjanjian lebuh raya tidak boleh dirunding semula untuk menghalang kenaikan tol buat syarikat-syarikat yang sudah memperoleh pulangan atas pelaburan mereka dalam kos membina tol apabila ia dirunding semula pada 2010," katanya dalam satu kenyataan.