Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Antara Abang Johari, Awang Tengah dan Adenan Satem: Siapa pilihan Taib?

$
0
0

Jika tidak mahu PBB berpecah, Taib kena umum Abang Johari sebagai Ketua Menteri baru




Tinggal 19 hari lagi Tan Sri Taib Mahmud akan dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru menggantikan Tun Ahmad Abang Salahuddin Abang Barieng yang tamat tempoh perlantikannya pada 28 Februari ini.

Ini bermakna Taib yang memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, Presiden PBB dan ADUN Balingian pada 28 Februari.

Sabtu lalu Majlis Tertinggi PBB telah menerima perletakan jawatan Taib yang belum pasti bila akan dikuatkuasakan. Majlis Tertinggi juga turut memberi keputusan penuh kepada Taib untuk menamakan penggantinya.

 Sebagai mengenang jasa Taib, maka Majlis Tertinggi PBB bersetuju nama Taib dicadangkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru.

Dalam pada itu semalam Majlis Tertinggi BN Sarawak telah dimaklumkan mengenai persaraan Taib itu. Namun demikian Taib berkata penggantinya akan diumumkan selepas beliau menghadap Yang Dipertua Negeri tidak lama lagi.

Tiga calon yang disebut bakal menggantikan Taib ialah Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Ketua Penerangan PBB, Tan Sri Adenan Satem.

Semalam Abang Johari dan Awang Tengah bersedia menerima sesiapa sahaja sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Manakala Adnan Satem tidak dapat dihubungi untuk komen.

Di antara tiga calon ini, siapa pilihan Taib? Adakah Abang Johari? Adakah Awang Tengah? Adakah Adnan Satem?

Melantik Abang Johari sebagai Ketua Menteri yang baru, memudahkan BN mendapat kemenangan dalam pilihanraya umum negeri pada 2016. Ini adalah kerana Abang Johari sudah tiga penggal menjadi Timbalan Presiden PBB.

Beliau mengalahkan Adnan Satem yang merupakan calon pilihan Taib pada pertandingan 2002. Oleh itu melantik orang lain menyebabkan PBB berpecah apatalah lagi Abang Johari adalah pemimpin yang disenangi di peringkat akar umbi.

Awang Tengah hanya popular di Sarawak tetapi Abang Johari sudah lama dalam kabinet negeri menyebabkan beliau dikenali di Semenanjung. Begitu juga sebagai bekas menteri pusat, Adnan Satem dikenali di Kuala Lumpur tetapi beliau tiada sokongan akar umbi.

Taib boleh buat apa sahaja dengan menamakan calon pilihannya yang tidak mendapat sokongan parti kerana ada dua tahun lagi untuk menghadapi PRU negeri. Inilah bezanya antara Tun Rahman Yaacob dengan Taib Mahmud.

Apabila Rahman Yaacob bersara dari politik pada tahun 1981, beliau menamakan anak saudaranya Taib sebagai Ketua Menteri yang baru. Sebaliknya Taib terpaksa menamakan penggantinya yang tiada hubungan kekeluargaan dengan beliau. Abang Johari, Awang Tengah dan Adnan Satem bukan anak saudara Taib Mahmud.

Menurut pensyarah Unimas, Dr Jeniri Amir, jika Taib mahu melihat PBB tidak berpecah, Taib kena lantik Abang Johari sebagai penggantinya. Ramai yang melihat Taib lebih cenderung kepada Adnan Satem.

Masalah yang yang ada pada Adnan Satem ialah beliau kurang sihat untuk memegang jawatan penting itu. Melantik Awang Tengah pula menimbulkan kurang senang kerana beliau adalah masih baru dalam politik Sarawak. Malah beliau sendiri terkejut kerana dinamakan sebagai salah seorang yang bakal menggantikan Taib.

Dapatkah Taib menerima Abang Johari sebagai penggantinya? Sama sama kita tunggu pada 1 Mac ini kerana jika Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru, tugas pertamanya ialah menerima Ketua Menteri baru Sarawak mengangkat sumpah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722